Thursday, November 24, 2011

12 Cara Isteri Sentiasa Disayangi Suaminya

so kepada yang mahu mendirikan rumah tangge terutama sekali wanita....
blh amik iktibar k..
renung2kan dan selamat beramal :)



1. Isteri bangun awal dahulu, jangan sampai suami bangun dan memasak untuk isteri.

2. Segera siapkan minuman pagi hari kesukaan suami, spt kopi atau teh atau susu. Tawarkan, menu apa yang diinginkan pagi ini.

3. Bila suami pergi kerja, hantar sampai ke depan pintu, pastikan isteri sudah dalam keadaan rapi.

4. Bila suami pulang kerja, jangan sampai keadaan rumah dalam keadaan berselerak. Sambut suami dengan senyuman yang indah.

5. Jangan lupa, sediakan makanan kesukaan suami bila dia pulang kerja.

6. Sederhana dalam berpenampilan. umumnya laki-laki tidak menyukai perempuan yang berpenampilan dengan mekap tebal, sebaliknya kesederhanaan lebih menarik bagi mereka kerana menurut mereka lebih indah kecantikan asli perempuan.

7. Jika ada masalah, apapun yang bergejolak dihati Anda, berusahalah untuk tetap sabar dan menahan diri untuk tidak menyakiti hati suami.

8. Dapat mendampingi suami dalam suka dan duka.

9. Berusaha untuk menjadi sahabat yang menyenangkan di bilik tidur. Banyak perempuan masih merasa malu untuk bersikap agresif walaupun kepada suaminya sendiri. Anggapan bahawa perempuan yang agresif dan tidak terhormat hanya untuk perempuan single. Tentu saja anggapan ini tidak berlaku untuk seorang isteri yang sudah ada suaminya sendiri.

10. Jika ada persoalan, segera tanyakan dengan suami, jangan simpan masalah di hati. Apalagi membocorkan rahsia diluar rumah.

11. Jika ingin keluar, minta izin atau atas pengetahuan suami.

12. Jangan menjadi isteri yang boros dalam belanja. Terutama untuk hal hal yang tidak penting.

Tuesday, November 8, 2011

MINUM SEPETANG



Cerita 1

Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri : Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri : Buku bank abanglah..




Cerita 2
Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta
derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. seorang budak pun membuka
pintu.
budak : derma ape bang?
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada apa-apa untuk
didermakan?
budak : nanti jap.saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ?????



Cerita 3

3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor
tersebut tidak berhenti. Katanya, ‘Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!
Cerita 4
Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik,
Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati
Amin. : Shan Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka
telah terpotong jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing..





Cerita 5

Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat.
Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong
berwarna merah.
“Atok buat apa tu?”.
“Atok bagi surat kat kawan atok,cu!” jawap atoknya.
Cucunya bertanya lagi, “Apa bangang sangat kawan atok
duduk dalam tong merah tu?”




Cerita 6
Seorang posmen yang datang menghantar surat.
” Assalamualaikum ”
” Walaikumsalam ”
” Ni rumah encik Sameon ye?
” Ya saya”
” Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni ”
” Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?”





Cerita 7

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk
menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus.
Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik
berkenaan.
Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang
strok.
Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit
jantung
manakala yg ketiga
disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya…